SELAMAT DATANG KE BLOG KOME ORANG SANGGANG

Saturday, August 17, 2013

Macam-macam Jenis Kueh

Assalamualaikum dan salam bahagia kawan-kawan, kali ini koi nok tuliskan jenis-jenis kueh yang terdapat dalam kampong kita (Sanggang) khasnya dan juga negara kita amnya. Koi amik nama-nama kueh ni daripada Facebook "KOME ORANG SANGGANG" yg begitu masyur... koi kira joke amat dengan nama-nama yang begitu menciut ati, deras kita baca!!!

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling keji = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek mek molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik = Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri = Kuih bangkit
Kuih org x mandi = BAU-LU
Kuih paling tenteram = Kuih makmur
Kuih paling lembap = Kuih siput See More
Kueh org Loyang = Kueh loyang
Kueh orang yg tak pandai nulis = Kueh cakar ayam
Kueh yang paling tinggi = Kueh bulan
Kueh paling berat = badak berendam
Kueh yang nok menyerikan muka = seri muka
Kueh yang paling bahaya = Kueh bom

Nanti kalau koi jumpa lagi nama-nama kueh yang masih hangat diperkatakan koi akan updatekan, Insyaallah!!!!!



Saturday, July 13, 2013

Macam-macam Jenis Kek

KEK CHOKELAT

Bahan-bahan ( makan ramai-ramai )
• 2 Cawan tepung gandum
• 1 Cawan serbuk koko
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 sudu kecil bircabonat soda
• 1 Biji mentega (250gm)
• 4 biji telur
• 2 Cawan susu coklat (dlm kotak atau botol)
• 1 sudu kecil esen vanilla
• Topping (Coklat masak ,1 sudu mentega dan ½ cawan susu coklat

Cara-caranya :

1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bircabonat soda, ayak tinggi.
2. Pukul mentega dengan gula halus.pukul sampai kembang kemudian masukkan telur satu persatu hingga sebati.
3. Masukkan pula susu coklat.pukul sehingga sebati.
4. Bubuh esen vanilla.
5. Masukkan tepung, kacau adunan sehingga sebati.
6. Masukkan aduanan kek ke dalam loyang yang telah dilapisi kertas minyak yang disapu mentega.
7. Bakar 180Âșc selama 45 minit, jgn terlalu lama..nanti tak lembab.

Untuk Topping :-
1. Masukkan semua bahan topping ke dalam periuk..masak secara double boil.
2. Setelah cair masak di atas api pelahan.. biarkan sejuk sikit dan dah boleh hias atas kek


Sunday, June 9, 2013

Hidangan Macam-macam Jenis Roti

Roti Kaya

Bahan-bahan :
250 gm tepung roti
1 sudu tea yis segera
20 gm gula kastor
1 sudu tea garam
25 gm marjerin
100 gm dadih asli
45 ml air
1/2 biji telor
1/2 biji telor - untuk didiglis
kaya secukupnya


Cara Membuatnya :
1. Satukan semua bahan-bahan kering di dalam mangkok besar,
Gaulkan mentega rata-rata - ketepikan.

2. Campurkan dadih, air dan telor. Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi.

3. Uli hingga menjadi doh yang licin dan kental. Tutup dgn tuala lembab dan biarkan
di tempat hangat.

4. Bila doh mengembang, uli semula ke saiz asal.

5. Bahagikan doh kepada 8 bahagian. Kemudian isikan dengan kaya secukupnya,
bentukkan ianya menjadi bulat.

6. Atur didalam tin pembakar yang ditabur tepung dan tutup dengan tuala kering.

7. Bila sudah kembang sapukan dengan glis.

8. Bakar pada suhu 180 darjah C salama 20-25 minit atau sahingga masak.


S E L A M A T M E N C U B A



Posted : 14 Aug 2011 Ahad
Pada hari ini kita cuba dengan resepi yang baru iaitu :

JEJARI ROTI BADAM

Bahan-bahannya:-
1. 40 gm gula perang
2. 30 gm serbuk badam
3. 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4. 5 keping roti gandum tulin - dibuang kulitnya
5. 80 gm mentega

Cara membuatnya :-
1. Satukan bahan 1 - 3 hingga rata dan ketepikan.
2. Sapukan mentega pada roti.
3. Taburkan campuran bahan yang disatukan tadi pada roti
dan susun atas dulang pembakar.
4. Bakar pada suhu 190 darjah C selama 20-25 minit/ warna keemasan.
5. Bila sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

S E L A M A T M E N C U B A




Saturday, May 18, 2013

Aneka Minuman Petang

KUEH GULUNG (KETAYAP)

Bahan adunan :
250 gm tepung gandum
250 air daun pandan
175-200 ml air
125 ml cawan susu cair
2 biji telor
Sedikit pewarna hijau
minyak masak
garam secukup rasa

Bahan Inti :
2 biji kelapa parut - ambil putehnya saja (nyur tu biarlah yang muda sikit)
200 gm gula merah
100 gm gula pasir
2 helai daun pandan
500 ml air
1 sudu teh garam


Cara membuatnya :
1. Buat inti - satukan air, gula mearah dan gula pasir dalam kuali, jerangkan
sahingga larut. Masukkan daun pandan, nyor parut dan sadikit garam. Kacau
sahingga inti agak kering dan sejukkan.

2. Cara membuat kulit (adunan) - Campurkan tepung gandum, telor, air daun
pandan, susu cair, air, pewarna hijau dan sadikit garam cakau sahingga sebati.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper (api jangan terlalu kuat). tuangkan
sesenduk adunan tadi dan ratakan sahingga nipis. Bagi menentukan ianya masak
kita boleh lihat putih adunannya telah tiada, buat saterusnya sahingga habis.

4. Bubuhlah inti nyor yg telah dimasak tadi atas lempeng tadi dan gulung.


S E L A M A T M E N C U B A



Roti Gulung Sardin

Bahan-bahan :
12 keping roti putih - dibuang kulitnya
1 sudu makan tepung gandum + 3 sudu air (pelekat)
1 biji telor - dipukul
Minyak untuk mengoreng
Sos cili untuk hidangan - pencicah

Bahan Inti:
230 gm sardin bersos tomato - dituskan dan dilecek
2 sudu makan sos cili
1 biji bawang besar - di cincang halus
2 tangkai daun bawang dihiris halus
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara Membuatnya :
1. Campurkan semua bahan inti hingga rata dan ketepikan.

2. Kukus roti selama 1 minit- canai sadikit menjadi leper

3. Letakkan inti sardin diatas roti yang dicanai tadi dan gulung dengan kemas dan sapukan pelekat dihujung roti tersebut sepaya melekat.

4. Celup dalam telor dalam telor yang dipukul tadi dan goreng sahingga keperangan.

S E L A M A T M E N C U B A



SAGU GULA MELAKA/GULA KABUNG

Bahan-bahan:
500gm sagu mata ikan (sagu yang halus tuu)
500gm santan - dari sebiji nyor
2 helai daun pandan - di simpul
2 sudu makan tepung jagong
2 sudu makan tepung gandum
garam secukup rasa dan sadilit air

Bahan Air Gula
400gm gula pasir
300gm gula gula melaka/kabung - huris halus
500ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara Membuatnya
1. Sagu dibersihkan dan ditoskan hingga airnya kering. Masak dalam air mendidih sahingga warnanya jernih. Angkat dan tuskan untuk membuang kanjinya.

2. Masukkan kedalam acuan yang sudahkan dan simpan dalam peti sejuk.

3. Bubuh santan, garam dan daun pandan dalam periok.

4. Tuangkan campuran tepung gandum ke dalam periok yang berisi santan tadi dan jerangkan di atas api sambil kacau selalu sahingga mendidih dan angkat dan sejukkan.

5. Masak semua bahan air gula hingga mendidih, kemudian masukkan campuran tepung jagung dan kacau sahingga pekat.

6. apabila menghidang keluarkan sagu dari acuan dan masukkan campuran kedalam mangkuk, dan tuangkan santan dan air gula.

S E L A M A T M E N C U B A