SELAMAT DATANG KE BLOG KOME ORANG SANGGANG

Sunday, June 9, 2013

Hidangan Macam-macam Jenis Roti

Roti Kaya

Bahan-bahan :
250 gm tepung roti
1 sudu tea yis segera
20 gm gula kastor
1 sudu tea garam
25 gm marjerin
100 gm dadih asli
45 ml air
1/2 biji telor
1/2 biji telor - untuk didiglis
kaya secukupnya


Cara Membuatnya :
1. Satukan semua bahan-bahan kering di dalam mangkok besar,
Gaulkan mentega rata-rata - ketepikan.

2. Campurkan dadih, air dan telor. Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi.

3. Uli hingga menjadi doh yang licin dan kental. Tutup dgn tuala lembab dan biarkan
di tempat hangat.

4. Bila doh mengembang, uli semula ke saiz asal.

5. Bahagikan doh kepada 8 bahagian. Kemudian isikan dengan kaya secukupnya,
bentukkan ianya menjadi bulat.

6. Atur didalam tin pembakar yang ditabur tepung dan tutup dengan tuala kering.

7. Bila sudah kembang sapukan dengan glis.

8. Bakar pada suhu 180 darjah C salama 20-25 minit atau sahingga masak.


S E L A M A T M E N C U B A



Posted : 14 Aug 2011 Ahad
Pada hari ini kita cuba dengan resepi yang baru iaitu :

JEJARI ROTI BADAM

Bahan-bahannya:-
1. 40 gm gula perang
2. 30 gm serbuk badam
3. 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4. 5 keping roti gandum tulin - dibuang kulitnya
5. 80 gm mentega

Cara membuatnya :-
1. Satukan bahan 1 - 3 hingga rata dan ketepikan.
2. Sapukan mentega pada roti.
3. Taburkan campuran bahan yang disatukan tadi pada roti
dan susun atas dulang pembakar.
4. Bakar pada suhu 190 darjah C selama 20-25 minit/ warna keemasan.
5. Bila sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

S E L A M A T M E N C U B A